AISYA INDUSTRIES SDN. BHD.

Monday, 16 November 2015

KATA ALU-ALUAN


DR ASRI BIN ABDUL AZIZ
PENGARAH


“Assalamualaikum w.b.t. Dan salam sejahtera

            Aisya industries ditubuhkan untuk memenuhi pasaranmenghasilkan produk makanan dan minuman yang HALAL .Peratus penglibatan pengilang bumiputera dalam industries HALAL seumpama ini jauh berkurangan jika dibandingkan dengan usahawan lain.

            Atas kesedaran ini Aisya Industries Sdn.Bhd. Berusahan giat menjadi pengilang berteraskan amalan pengilang muslim untuk mana-mana pelanggan bagi menghasilkan produk makanan dan minuman dengan pelbagai adunan herba tempatan atau import.Aisya Industries Sdn. Bhd juga menghasilkan produk sendiri untuk pasaran nasional dan antarabangsa.


            Dengan kerjasama dan bantuan beberapa agensi seperti SME Bank, SMIDEX, MARDI, USM, FAMA, SIRIM, Jabatan Kesihatan, PHIM, JAKIM dan HDC semoga hasrat Aisya Industries Sdn Bhd dapat direalisasikan.”

LATAR BELAKANG SYARIKAT


PENDAHULUAN

Aisya Industries Sdn. Bhd. (578078-D) adalah sebuah syarikat 100% Bumiputera yang telah memulakan operasi pada bulan Januari 2007.Operasi Syarikat ini adalah sebagai pengeluar produk kesihatan.


MAKLUMAT AM SYARIKAT

            Nama syarikat             : Aisya Industries Sdn.Bhd.
            No. Pendaftaran          : 578709-D
            Tarikh Pendaftaran     : 18 Januari 2007
            Alamat Pejabat            : Lot A8 & A9, Kompleks Kilang SME Bank, Kawasan
  Perindustrian Mergong Barrage, Jalan Lencong Barat, 
  05150 Alor Star,Kedah
            No.Tel/Fax                  : 04-7355700
            Email                           : aisyaindustries@gmail.com
            Facebook                     : kopiaisya
            Status Syarikat             : 100% Bumiputera
Jenis Perniagaan          : Mengeluarkan Produk Kesihatan.

CARTA ORGANISASI



Bagi menjayakan projek ini, pihak Lembaga Pengarah bersama kakitangan yang lain berusaha keras membentuk satu pasukan tenaga kerja yang berkesan supaya setiap perancangan syarikat dapat berjalan lancar dan mengikut jadual. Syarikat juga telah memilih tenaga kerja yang berkebolehan serta berpengalaman luas di bidang ini. Di samping itu juga pengalaman dan kebolehan Lembaga Pengarah dalam bidang pengurusan juga telah menjadi satu kelebihan dalam syarikat ini kerana pernah berkhidmat dengan syarikat profesional sebelum ini.


SENARAI ANGGOTA PENGURUSAN SYARIKAT


JAWATAN

NAMA
Pengarah Syarikat
Dr. Asri Bin Abdul Aziz
Pengarah Urusan
Dr. Noor Hanan Bt Nawawi
Pembantu Pentadbiran/Akaun
Nur Shahidah Bt Ahmad Faudzi
Pekerja Pengeluaran
Abdul Karim bin Ahmad
Norhakimah bt Ishak
Bardiana bt Abd Khalid Pudzi

PRODUK



Produk minuman terbaru keluaran Aisya Industries sdn. bhd.


PROSES PENGELUARAN



PENGELUARAN DAN OPERASI

a) Lokasi

Lokasi ini dipilih kerana:

  • Kawasan kompleks kilang yang menyediakan ruang kilang yang bersesuaian dengan operasi perniagaan dan dilengkapi pengawal keselamatan.Terletak di kawasan perindustrian yang berdekatan dengan pusat bandar. Menawarkan kemudahan prasarana yang membantu melancarkan aktiviti perniagaan.
  • Dikelilingi pelbagai jenis perniagaan dan memudahkan produk keluaran dikenali dipasaran.

b) Bangunan

Keluasan tapak kilang sewaan dianggarkan 40’X 70’ yang telah dibahagikepada beberapa ruang iaitu:-
  • Ruang tamu 
  • Ruang pejabat
  • Ruang pembungkusan
  • Ruang penyimpanan produk yang siap dibungkus
  • Ruang penyimpanan bahan mentah
  • Ruang operasi membuat produk
  • Ruang mencuci

KUALITI PENGELUARAN DAN KADAR HARGA

Kadar pengeluaran barangan siap dianggarkan 7000 sachet sehari dengan kemampuan mesin pengeluaran sedia ada. Kadar harga barangan siap adalah berbeza-beza kerana mengikut permintaan pelanggan melalui kontrak perjanjian pengeluaran yang telah ditetapkan.

PEMASARAN

ASPEK PENGELUARAN PRODUK

  • Produk yang dikeluarkan oleh Aisya Industries adalah merupakan produk  kopi pra-campuran yang berasaskan herba serta menyediakan perkhidmatan seperti berikut:-


PRODUK/PERKHIDMATAN

  • Penyediaan produk dalam bentuk “Loose Sachet”(Premix kopi dengan herba terpilih)
  • Upah bungkus termasuk plain sachet kosong (Bahan-bahan disediakan oleh pengusaha itu sendiri)
  • Upah bungkus sahaja (sachet disediakan oleh pembekal) 
  • Penyediaan keseluruhan dalam bentuk kotak.Termasuk pembungkusan plastik

Sunday, 15 November 2015

STRATEGI PEMASARAN

Aisya Industries Sdn Bhd mengamalkan strategi pemasaran seperti berikut:-

  • Pemasaran terbuka iaitu menjual sendiri produk keluaran  syarikat secara langsung atau tidak langsung.
  • Menandatangani perjanjian pengeluaran dengan syarikat-syarikat pengeluar yang lain (O.E.M).